Tolong beri kerjasama. Jika anda mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, mempunyai kontak rapat dan juga mempunyai tanda dan gejala ketika mendapatkan rawatan, anda perlu memberikan maklumat yang benar.
Jika anda memberikan maklumat palsu kepada petugas kesihatan, anda boleh disabitkan dibawah seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dimana anda boleh dipenjarakan selama tempoh 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mohon tampil ke fasiliti kesihatan dan berikan kerjasama.