PUSAT EKONOMI KELUARGA DIGITAL (PEDi) telah mula beroperasi pada Januari 2008. Sebelum ini, ia lebih dikenali sebagai PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI KG BERUAS (Community Broadband Centre) sebelum namanya ditukar pada tahun 2012 menjadi PUSAT INTERNET dan sekali lagi ia telah bertukar menjadi PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) pada tahun 2022. Dan yang terbaru namanya ditukar sekali lagi pada Mac 2024  iaitu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) .

 

Kewujudan NADI  ini merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. 

 

VISI DAN MISI

 

Visi

Menjadikan NADI sebagai "ONE STOP DIGITAL CENTRE" yang dapat dilestarikan ke arah membina kewibawaan sosio-ekonomi setempat.

 

Misi

Mencapai visi NADI  dengan menjadi AGEN TRANSFORMASI melalui :

  • Program latihan dan pembangunan terancang untuk membina keupayaan, kemahiran, ilmu dan kebolehan petugas dan komuniti.
  • Penggunaan teknologi bersesuaian yang dapat menggunakan aplikasi terkini yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
  • Penambahbaikan proses kerja secara berterusan supaya sistem pengurusan akan lebih mantap.

 

 

 

 Lat Long : 3.5329410,103.4420630



 

KEMUDAHAN 

 Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah :

  • Perkhidmatan Pencetakan (Hitam/Warna)
  • Fotokopi (Hitam/Warna)
  • Liminate 
  • Binding
  • Scan
  • Menaip Surat

 

WAKTU BERURUSAN/BEROPERASI

Dibuka 7 hari seminggu kecuali cuti umum

9.00 Pagi - 6.00 Petang

 

PETUGAS

 

 

M

 

NAMA : SITI SARAH BINTI SH OTHMAN

JAWATAN : PENGURUS

TARIKH BERKHIDMAT : 03 APRIL 2017

 

 

 

AM

 

NAMA : NORSUHADA BINTI HAJI MOHD YASSIN

JAWATAN : PENOLONG PENGURUS

TARIKH BERKHIDMAT : 07 FEBUARI 2014