Tarikh : 12.01.2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet  Kg Beruas
Peserta : 10 orang

 Tujuan 

Bengkel  ini dihadiri oleh 10 orang peserta untuk memohon persijilan halal kepada produk mereka. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan penerangan untuk memohon persijilan halal melalui online di laman web Majilis Ugama Islam Pahang (MUIP). Bengkel ini telah diajar oleh kakitangan MUIP sendiri.
Aktiviti 
Para peserta diajar mengenai permohonan melalui laman web dan juga dokumentasi untuk setiap permohonan. Permohonan wajib dibuat melalui laman web sebelum dihantarkan kepada MUIP.

 Gambar Disini

 

Tarikh : 28 Julai  2018
Masa : 3.30 petang - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet  Kg Beruas
Peserta : 9 orang

 

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang usahawan yang terdiri daripada komuniti setempat. Tujuan kelas ini diadakan bagi melatih para usahawan untuk berjinak-jinak di dalam bidang usahawan.
   
Aktiviti 
Para usahawan diajar mengenai asas keusahawanan dan jugak cara mempromosikan produk mereka sendiri. Disamping itu,mereka boleh bertukar-tukar pendapat dalam mempromosikan produk mereka.

Gambar Disini

Tarikh : 02 Mei  2018
Masa : 2.30 - 6.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Beruas
Peserta : 280 orang

 

Tujuan 

Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat untuk melihat sendiri suasana di Pusat Internet. Program ini terbuka untuk dihadiri oleh komuniti sekitarnya. Hampir 280 orang komuniti disekitar menghadiri hari bersama ini dan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
 
Aktiviti
 
Antara aktiviti yang dijalankan :
 
1. Mewarna online
2. Mewarna Batik
3. Klik Dengan Bijak
4. Cabutan Bertuah
5. Permainan Rakyat
6. Pemeriksaan Kesihatan
 
Tarikh : 07 Jun  2018
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Lokasi : Dewan Terbuka PKB Kuala Pahang
Peserta : 100 orang

 

Tujuan 

Program Gotong Royong Bubur lambuk diadakan untuk meraikan bulan Ramadhan yang mulia. Program yang telah dijalankan usahasama oleh Majlis Ugama Islam  Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Komuniti Mukim Kuala Pahang bersama- sama dengan RTC Pahang dan UMP Pahang dalam menjayakan program tersebut. Seramai hampir 100orang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
 
Aktiviti
 
Antara aktiviti yang dijalankan :
 
1. Kacau Bubur Lambuk
2. Edaran Flyers KDB
 
 
Tujuan

Program Let's Read In 10 Minit ini dihadiri pelajar-pelajar tabika bersama guru kelas masing-masing. Tujuan program ini diadakan bagi mempupuk semangat membaca dikalangan pelajar-pelajar tabika walaupun dengan hanya 10 minit sahaja. Mendidik mereka seawal mungkin boleh menimbulkan minat membaca.

 

Aktiviti

Para pelajar diajar untuk membaca buku cerita pendek selama 10 minit yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Sumber KEMAS

Gambar Disini