Tarikh | : 12.01.2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Beruas |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan |
|
Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta untuk memohon persijilan halal kepada produk mereka. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan penerangan untuk memohon persijilan halal melalui online di laman web Majilis Ugama Islam Pahang (MUIP). Bengkel ini telah diajar oleh kakitangan MUIP sendiri. | |
Aktiviti | |
Para peserta diajar mengenai permohonan melalui laman web dan juga dokumentasi untuk setiap permohonan. Permohonan wajib dibuat melalui laman web sebelum dihantarkan kepada MUIP. |
Tarikh | : 28 Julai 2018 |
Masa | : 3.30 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Beruas |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan |
|
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang usahawan yang terdiri daripada komuniti setempat. Tujuan kelas ini diadakan bagi melatih para usahawan untuk berjinak-jinak di dalam bidang usahawan. | |
Aktiviti | |
Para usahawan diajar mengenai asas keusahawanan dan jugak cara mempromosikan produk mereka sendiri. Disamping itu,mereka boleh bertukar-tukar pendapat dalam mempromosikan produk mereka. | |
Tarikh | : 02 Mei 2018 |
Masa | : 2.30 - 6.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Beruas |
Peserta | : 280 orang |
Tujuan
Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan untuk memberi peluang kepada komuniti setempat untuk melihat sendiri suasana di Pusat Internet. Program ini terbuka untuk dihadiri oleh komuniti sekitarnya. Hampir 280 orang komuniti disekitar menghadiri hari bersama ini dan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Mewarna online
2. Mewarna Batik
3. Klik Dengan Bijak
4. Cabutan Bertuah
5. Permainan Rakyat
6. Pemeriksaan Kesihatan
Tarikh | : 07 Jun 2018 |
Masa | : 9.00 Pagi - 3.00 Petang |
Lokasi | : Dewan Terbuka PKB Kuala Pahang |
Peserta | : 100 orang |
Tujuan
Program Gotong Royong Bubur lambuk diadakan untuk meraikan bulan Ramadhan yang mulia. Program yang telah dijalankan usahasama oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Komuniti Mukim Kuala Pahang bersama- sama dengan RTC Pahang dan UMP Pahang dalam menjayakan program tersebut. Seramai hampir 100orang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Kacau Bubur Lambuk
2. Edaran Flyers KDB
Tarikh | : 15 April 2018 |
Masa | : 11.00 pagi - 11.10 Pagi |
Lokasi | : Pusat Sumber KEMAS Kg Beruas |
Peserta | : 40 orang |
Tujuan
Program Let's Read In 10 Minit ini dihadiri pelajar-pelajar tabika bersama guru kelas masing-masing. Tujuan program ini diadakan bagi mempupuk semangat membaca dikalangan pelajar-pelajar tabika walaupun dengan hanya 10 minit sahaja. Mendidik mereka seawal mungkin boleh menimbulkan minat membaca.
Aktiviti
Para pelajar diajar untuk membaca buku cerita pendek selama 10 minit yang dibimbing oleh Pengurus Pusat Sumber KEMAS