USAHAWAN TELEKUNG BATIK PAINTING & WALL PAINTING
NAMA : SITI AISYAH BINTI SH OTHMAN
UMUR : 34 TAHUN
AHLI : 2014
LATAR BELAKANG
Puan Siti Aisyah adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menamatkan pengajian di Institut Kraftangan Negara (IKN) dalam bidang Diploma Seni Batik. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang batik painting.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI1M
Sebelum beliau mengenali Pusat Internet 1Malaysia, Penjualan Telekung Batik adalah secara kenalan kepada kenalan. Hanya komuniti sekitar yang mengetahui peniagaan yang dilakukan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M
Selepas mengetahui adanya Pusat Internet 1Malaysia ini, beliau mengambil langkah yang seterusnya untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Pi1M. Secara tidak lansung, Pi1M telah banyak merubah perniagaan beliau. Dengan bermula kelas asas komputer sehingga kelas usahawan beliau kini lebih dikenali dan perniagaannya mula berkembang.Bukan sahaja dari komuniti setempat malah sehingga ke sabah hasil penjualannya.