USAHAWAN BATIK TYEDYE DAN BATIK LUKIS

 

IMG 4899-1

 

NAMA : PUAN ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM

UMUR:45 TAHUN

AHLI : 2016

 

LATAR BELAKANG

Beliau adalah seorang lulusan Diploma Seni Batik dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).Minat yang mendalam mengenai seni batik ini  telah mendorong beliau untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kini hampir mencecah 20 tahun beliau menceburi bidang ini dan kini beliau boleh berbangga dengan keluaran produknya " Batik Bentan".

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Sebelum berkembang pesatnya perniagaan beliau, beliau hanya membuat promosi/iklan  melalui kawan terdekat sahaja. Ini kerana beliau merasakan kurang pentingnya promosi melalui media sosial.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Selepas diperkenalkan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kg Beruas, kini beliau telah membuka media sosialnya sendiri bagi mempromosikan hasil batik yang dibuat. Disamping itu juga, pihak pi1m memberikan kursus-kursus usahawan dan kursus yang berkaitan dengan beliau untuk diguna pakaikan. 

ig :batikbentan