USAHAWAN KECIL PASTRY & BAKERI DAN KATERING

Nama : Sharifah Salwa Binti Syed Ali
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Salwa merupakan usahawan kecil-kecilan dalam bidang pastri & bakeri dan katering.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun Puan Salwa mempunyai kedai makan beliau hanya mengiklan perkhidamatan  di depan kedai kecilnya dan melalui mulut ke mulut sahaja. Kaedah ini kurang mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan wujudnya Pusat internet di kawasan ini,  beliau ke Pusat Internet Kampung Beruas  bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian.Beliau sangat sukakan pembelajaran teknik pemasaran atas talian kerana pendapatan beliau sedikit sebanyak telah meningkat.

 

 

 

Nama : Nur Rabiatul Adawiyah Binti Abd Aziz
Umur : 20 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Nur Rabiatul Adawiyah  adalah pengunjung yang sering berkunjung ke PI Kg Beruas sejak beliau masih kecil. Kini beliau sudah menamatkjan alam persekolahan dengan jayanya. Berbagai ilmu telah diambil sewaktu berkunjung ke PI

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, rabiatul adawiyah hanya bermain bersama kawan-kawan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah memberi tunjuk ajar kepada beliu dengan belajar asas komputer sehinggalah belajar microsoft office dan sebagainya.Dengan kemahiran yang telah diajar ia telah diterapkan dalam pembelajaran Rabiatul Adawiyah sehingga kini. 

 

 

USAHAWAN ATAS TALIAN

Nama : Norhaslina Binti Md Nasir
Umur : 36 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Norhaslina adalah seorang usahawan atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norhaslina merupakan seorang pembantu taska. Beliau tidak mengambil tahu bidang berkaitan dengan teknologi kerana pekerjaan beliau yang tidak memerlukan untuk beliau belajar dalam bidang ini. Walaupun rumah beliau berhampiran dengan PI Kg Beruas, beliau tidak sekali menjejak diri untuk bertanya mahupun belajar. Sehingga satu masa, kesihatan diri beliau yang tidak berapa memuaskan untuk beliau terus bekerja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan pekerjaan baru beliau memerlukan usaha untuk berjaya, beliau datang ke  PI Kg Beruas  bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian serta belajar asas-asas menggunakan komputer. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan blog.  Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PI Kg Beruas, beliau kini mampu menghasilkan iklannya sendiri.

 

 

 

 

 

USAHAWAN PASTRY & BAKERI

Nama : Nadhirah Alia Binti Rosli
Umur : 23 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Cik Nadhirah Alia merupakan graduan  lepasan Food Institut Malaysia (FIM) dalam bidang pastry dan bakeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun sebelum ini, beliau mahir dalam penggunaan ICT tetapi beliau tidak mahir dalam memasarkan produk pastry dan bakeri beliau. Tidak ingin mengambil insentif 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Kg Beruas bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan blog. 

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, beliau  tetap berkunjung ke PI bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. 

 

 

CELIK IT

anis

 

NAMA: NUR ANIS SOFEA BINTI ANUAI

UMUR: 11 

AHLI: 2016

 

LATAR BELAKANG

Seorang pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan InderaShah Bandar, kuala Pahang.Beliau sangat sukakan seni. Berbeza dari kanak-kanak lain, beliau suka menonton video-video berkaitan dengan seni di Youtube dan jugak melukis. 

 

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Sebelum ini, beliau kurang menunjukkan minat pada ICT. Sekiranya beliau datang ke Pi1M hanya meneman adiknya untuk bermain komputer. Awal tahun ini, dia menunjukkan tanda-tanda amat sukakan seni.

 

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Setiap kelas yang diadakan di Pi1M, beliau pasti mengikutinya. Beliau amat suka pada perisian Paint. Sentiasa akan dipenuhi masa dengan melukis watak-watak kegemarannya.Kadangkala beliau akan bertanya kepada petugas Pi1M sekiranya beliau inginkan sesuatu. Boleh dilihat pengingkatan beliau sesudah dan sebelum mengetahui ilmu ICT.