USAHAWAN PENCETAKAN DAN PELBAGAI

 

NAMA : NOR HADIDA BINTI MOHD ALOHAR

UMUR : 36 TAHUN

AHLI : 2008

 

LATAR BELAKANG 

Beliau adalah seorang lepasan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perumahan,Bangunan dan Perancangan. Minat beliau pada bidang ini amat mendalam.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Walaupun beliau sudah mahir dalam penggunaan komputer, tetapi minat beliau yang sukakan ilmu pengetahuan tidak menjadi penghalang untuk beliau datang ke Pi1M untuk mencari ilmu yang baru. Waktu ini, beliau sudah memulakan perniagaan membuat pencetakan secara kecil-kecilan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Segala kursus yang ditawakan oleh pihak Pi1M pasti beliau akan ikuti. Dari latihan asas komputer sehingga latihan keusahawanan bagi menambah ilmu pengetahuanya. Kini beliau boleh berbangga dengan usahanya belia telah membuka sebuah kedai pencetakan sediri di kawasan Kuala Pahang. Berbagai perkhidmatan ditawarkan seperti, tempahan banner dan banting, tempahan sticker, tempahan baju dan lain-lain lagi. 

didd

USAHAWAN ONLINE

page5

NAMA : SURIANI BINTI ALI

UMUR : 28 

AHLI : 2016

 

LATAR BELAKANG

Beliau adalah seorang bekas pekerja kilang. Selepas berhenti dari pekerjaan tersebut akibat masalah kesihatan beliau mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan atas talian (business online).

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI

Sebelum ini, beliau hanya tahu beberapa medium sosial media sahaja untuk mengiklankan barang yang dijual. Cara pengiklnana yang kurang efektik membuat jualan kurang mendapat sambutan.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATN PI

Selepas mendapat tahu, Pusat Internet 1Malaysia Kg Beruas mengadakan kursus usahawan dan kursus-kursus yang berkaitan, beliau berminat untuk mencuba. Kini perniagaan beliau semakin maju. Selain menjadi agen pelbagai produk, beliau kini mula berjinak-jinak dalam membuat kek. Kek yang dibuat kini telah mendapat sambutan di luar kawasan Pahang. Beliau sentiasa datang ke pi1m untuk memuatnaikan produk-produk yang dijual.

Fb : sue suriani

USAHAWAN BATIK TYEDYE DAN BATIK LUKIS

 

IMG 4899-1

 

NAMA : PUAN ZUBAIDAH BINTI IBRAHIM

UMUR:45 TAHUN

AHLI : 2016

 

LATAR BELAKANG

Beliau adalah seorang lulusan Diploma Seni Batik dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).Minat yang mendalam mengenai seni batik ini  telah mendorong beliau untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kini hampir mencecah 20 tahun beliau menceburi bidang ini dan kini beliau boleh berbangga dengan keluaran produknya " Batik Bentan".

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Sebelum berkembang pesatnya perniagaan beliau, beliau hanya membuat promosi/iklan  melalui kawan terdekat sahaja. Ini kerana beliau merasakan kurang pentingnya promosi melalui media sosial.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI

Selepas diperkenalkan dengan Pusat Internet 1Malaysia Kg Beruas, kini beliau telah membuka media sosialnya sendiri bagi mempromosikan hasil batik yang dibuat. Disamping itu juga, pihak pi1m memberikan kursus-kursus usahawan dan kursus yang berkaitan dengan beliau untuk diguna pakaikan. 

ig :batikbentan

 

 

 

USAHAWAN TELEKUNG BATIK PAINTING & WALL PAINTING

 

NAMA : SITI AISYAH BINTI SH OTHMAN

UMUR : 34 TAHUN

AHLI : 2014

LATAR BELAKANG

Puan Siti Aisyah adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau menamatkan pengajian di Institut Kraftangan Negara (IKN) dalam bidang Diploma Seni Batik. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang batik painting.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PI1M

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet 1Malaysia, Penjualan Telekung Batik adalah secara kenalan kepada kenalan. Hanya komuniti sekitar yang mengetahui peniagaan yang dilakukan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PI1M

Selepas mengetahui adanya Pusat Internet 1Malaysia ini, beliau mengambil langkah yang seterusnya untuk mengetahui lebih mendalam mengenai Pi1M. Secara tidak lansung, Pi1M telah banyak merubah perniagaan beliau. Dengan bermula kelas asas komputer sehingga kelas usahawan beliau kini lebih dikenali dan perniagaannya mula berkembang.Bukan sahaja dari komuniti setempat malah sehingga ke sabah hasil penjualannya.

telekungbatik4